Gambar: SUMBANGAN…. Suhaili menyampaikan sumbangan kepada pelajar tahfiz sambil diperhatikan Japar (dua dari kiri)
LÀBUAN: Seramai 120 golongan asnaf yang terdiri anak yatim, Orang Kelainan Upaya (OKU), pelajar tahfiz dan ibu tunggal diraikan sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengerusi Asian Supply Base Sdn. Bhd (ASB) disebuah hotel terkemuka, di sini, pada Jumaat.
Kesemua mereka menerima duit raya dan keperluan harian beras dan telur yang disampaikan oleh Datuk Suhaili Abdul Rahman selaku Pengerusi ASB Sdn. Bhd.
Turut sama menyerahkan sumbangan pada majlis itu Ketua Pegawai Eksekutif ASB.Sdn.Bhd, Japar Esteban.
Suhaili berkata, selain itu Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad juga turut menghulurkan sumbangan bagi membantu meringankan beban ahli keluarga asnaf.
“Sumbangan itu merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) ASB. Kami berharap menerusi sumbangan ini dapat meringankan bebanan penerima,” katanya kepada media yang turut hadir pada majlis itu.