30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

ARVT MUNCUL JUARA KEJOHANAN BOLA TAMPAR ANJURAN FUN-FUN

ARVT JUARA..membawa balik medal dan hamper

RANAU: Pasukan Ardini Ramzi VT (ARVT) muncul juara Pertandingan Bola Tampar Campuran Lelaki & Perempuan anjuran FUN-FUN yang berlangsung di  Gelanggang Bola Tampar Kampung Pasir Putih baru-baru ini.

Dalam perlawanan akhir penentuan johan menyaksikan kedua-dua pasukan saling mengejar mata. Perlawanan tersebut yang diadili oleh Bindi Minin melalui kiraan ‘volleython’ akhirnya memihak kepada ARVT apabila berjaya menamatkan perlawanan dengan mata 31 berbalas 26. ARVT muncul juara manakala pasukan yang ditewaskan iaitu RCVC menjadi naib johan.

Dalam satu lagi perlawanan menentukan tempat ketiga, pasukan Unicorn berjaya mengalahkan MVT juga menyamai mata iaitu 31-26. Unicorn menang di tempat ketiga dan MVT tempat keempat. Semua pemenang johan hingga tempat keempat menerima hadiah.

Menurut Pengerusi Penganjur, Aidiliyana Wahidi, tujuan utama penganjuran ialah mencungkil bakat pemain-pemain muda. Selain itu aktiviti ini dapat mengeratkan silaturahim antara pasukan yang bertanding, memupuk semangat kesukanan dan menarik minat bermain bola tampar di kalangan belia.

Perlawanan akhir ARVT (pink) menentang RCVC (merah) diadili oleh Bindi Minin (berdiri pertama dari kanan)

“Kejohanan pada kali ini menyaksikan seorang adik lelaki berumur 12 tahun berbakat di posisi ‘setter’ kepada rakan pasukannya. Kita mengharapkan lebih ramai bakat-bakat muda dapat dicungkil pada kejohanan akan datang terutama sekali yang masih bersekolah. Ini juga akan memudahkan pihak  sekolah mencari pemain bagi mewakili sekolah ke peringkat zon, daerah dan negeri,” katanya.

Pasukan yang menyertai kejohanan tersebut ialah ARVT yang mewakili Kampung  Karanaan, RCVC (KG. Tanah Merah) Pavolt (KG. Paka Dua), Gana-Gana VT (KG. Gana-Gana), MVT (KG. Mininsalu), Unicorn (KG Longut lama), S2FCC (KG. Tungou), KISORA VT (KG. Kigiuk), MVP’s (KG. Longut Baru) dan pasukan dari KG. Pasir Putih.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN