31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

ARTHUR KURUP BANTU HANTAR GURU TERJEJAS AKIBAT BANJIR

Arthur (empat dari kiri)bergambar bersama guru-guru yang dihantar balik sekolah masing-masing dengan helikaptor.

KENINGAU:Ahli Parlimen P.182 Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup telah menyediakan perkhidmatan helikopter bagi menghantar guru-guru khususnya di SK Pengaraan dan sekitar Mukim Tatalaan untuk pulang ke sekolah bagi meneruskan sesi persekolahan yang akan bermula esok.

Beliau berkata sebanyak dua buah helikopter pesawat khas telah disewa bagi memudahkan untuk 8 orang guru balik ke kawasan tersebut tanpa melalui jalan dan sungai yang terputus akibat bencana banjir luar biasa yang telah melanda kawasan tersebut baru-

baru ini.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia berkata perjalanan ke kawasan itu biasanya mengambil masa 3 jam hingga 6 jam bergantung kepada keadaan cuaca. 

Namun begitu, banjir yang luar biasa baru-baru ini telah menyebabkan kerosakan infrastruktur seperti jalan penghubung serta jambatan kereta 

dan mengakibatkan para guru terpaksa berjalan kaki sehingga 18 jam untuk sampai ke kawasan tersebut.

Menyentuh mengenai peruntukan kecemasan yang telah diluluskan oleh Perdana Menteri bagi pembaikan infrastruktur rosak akibat bencana banjir, Datuk Arthur memaklumkan pegawai-pegawai teknikal dari Pejabat Pembangunan Negeri Sabah (ICU-JPM) dan Pejabat Daerah Nabawan telah membuat lawatan tapak ke lokasi- lokasi yang berkaitan bagi penelitian lanjut.

“Untuk makluman terkini, pembinaan jambatan gantung untuk SK Nangkawangan dan SK Layon telah pun dimulakan sejak beberapa hari yang lalu walaupun pegawai dan pekerja menghadapi kekangan cuti perayaan.”

Beliau menjangkakan kerja-kerja pembaikan yang lain akan menyusul dalam masa terdekat dan memberikan komitmen akan mempercepatkan kerja-kerja pembaikan yang diperlukan walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran dan kekangan.

Pada masa yang sama, Pegawai Pendidikan Daerah Pensiangan, Puan Laini Agindang merakamkan penghargaan di atas bantuan yang diberikan oleh Datuk Arthur Joseph 

Kurup bagi memudahkan perjalanan para guru untuk pulang bertugas di kawasan tersebut. 

Beliau berharap bantuan ini akan menjadi pendorong kepada warga pendidik melaksanakan tanggungjawab dengan penuh ikhlas di samping meningkatkan motivasi guru-guru untuk terus berkhidmat di kawasan  Pedalaman.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN