ADVERTISEMENTspot_img

ARIFIN PUJI KEAKTIFAN PAPIM ANJURKAN PROGRAM KEBAJIKAN DAN SILATULRAHIM

TIBA ..Mohd Arifin diiringi oleh, Hj Ahmad, Ag Dzulkernain, Nor Isam dan yang lain bersalaman dengan orang ramai- Foto Mohd Nizam Abdullah.


MEMBAKUT: Keaktifan Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Anak Pimping Kota Kinabalu ( PAPIM) mendapat pujian dari Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif

Bercakap kepada RTM dan Borneo Daily Bulletin (BDB) selepas merasmikan upacara penutupan Malam Senandung Aidilfitri 2026 PAPIM di perkarangan Dewan Seri Wawasan Kg Pimping di sini pada malam Sabtu lepas, PAPIM adalah antara persatuan bukan kerajaan yang aktif menganjurkan pelbagai program kebajikan, amal dan sukan sepanjang tahun.

” Aktiviti-aktiviti ini bukan saja untuk kepentingan ahli-ahli PAPIM yang menetap di Pantai Barat tetapi juga untuk masyarakat kampung halaman mereka iaitu Kampung Pimping,” kata Mohd Arifin yang juga Penaung persatuan itu.

TETAMU KEHORMAT… Mohd Arifin (tengah) bersama dari kiri Hj Mohd Amin, Nor Isham, Ag Dzulkernain, Hj Ahmad dan Puan Nismah sebelum upacara prnutupan majlis.

Beliau berharap seluruh kepimpinan PAPIM akan terus bergerak maju ke hadapan untuk menganjurkan pelbagai lagi aktiviti untuk faedah ahli PAPIM dan masyarakat kampung.

Pada majlis itu Mohd Arifin menyampaikan hadiah kepada pemenang- pemenang Pertandingan Akhir Karaoke, Persembahan Penyanyi Otai dan Cabutan Pengunjung Bertuah.

Terdahulu Pengerusi PAPIM, Hj Ahmad Dipong memberitahu BDB, untuk tahun ini PAPIM sudah menyusunatur aktivitinya seperti yang diputuskan okeh AJK Tertinggi PAPIM.

Antara program terbesar ialah Penganjuran Pertandingan Gegar Takraw Merdeka 2.0 yang akan dipengerusikan oleh Penolong Setiausaha Agung, Nor Isham Narawi pada bulan Ogos akan datang.

SIDANG MEDIA…Mohd Arifin sedang bercakap kepada wartawan RTM dan BDB semasa sidang media selepas merasmikan acara PAPIM.

Menurut beliau pertandingan kali ini akan diadakan secara terbuka memandangkan dalam kejohanan tahun lepas meskipun diadakan secara tertutup ianya mendapat sambutan lebih 40 pasukan sekitar Membakut dan beberapa pasukan jemputan dari daerah berdekatan seperti Papar, Beaufort dan Kuala Penyu.

Haji Ahmad berkata program lain yang telah disusun Ziarah Dangsanak dan Sukan ke Telupid, Mensiki Keretapi ke Tenom, Majlis Amal Makan Malam untuk mengutip dana dan terakhir sekali Mesyuarat Agung Pemilihan PAPIM.

Turut hadir pada program yang julung kali diadakan di kampung halaman ini ialah Penasihat PAPIM, Ag Awg Dzulkernain Hj Ag Hassan, Pengerusi Pelaksana, Nor Isham Narawi, Naib Pengerusi Puan Nismah Kanak, SUA, Alihussain Matnoor, Bendahari Ag Kassim Hj Ismail, Ketua Penerangan Hj Amin Hj Muin, Penolong Bendahari Ag Ghazali Ag Ghani Tuan Carlos Tcm, AJK terdiri dari Ali Omar Salleh, Ag Mohd Jainal Hj Jalani, Hj Ismail Baniamin, Hjh DgRayanih AgHamit, Ag Jaludin Ag Salleh dan Nazerah Mohd Nizam.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN