30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

APMM zon Labuan  kuatkuasakan undang undang maritim  bagi keselamatan perairan negara

AKLIMAT….Benjamin (dua kiri) memberikan taklimat pemindahan kargo dari kapal ke kapal kepada Nudin sambil diperhatikan Pactrick.

LABUAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon  Labuan akan terus  menguatkuasakan undang-undang berkaitan maritim bagi memastikan kepentingan keselamatan dan kaudalatan negara terus terjaga dan terpelihara.

Pengarah APMM Zon Labuan, Kapten  (Maritim) Nudin Jusoh  berkata, dalam waktu yang sama pihaknya juga akan memainkan peranan aktif sebagai agensi penguatkuasaan  yang mampu mengimbangi antara tugas dengan kesejahteraan ekonomi terutamanya di pulau bebas cukai ini.

“ Sesungguhnya tugas ini  amat sukar dan mencabar serta kompleks untuk mengimbangi kesejahteraan ekonomi dan penguatkuasaan undang-undang…bagaimanapun, kita perlu pastikan penguatkuasaan tidak akan memberi kesan ketara kepada ekonomi.

“Penting untuk pemain industri maritim mematuhi undang-undang maritim sedia ada dan sentiasa memaklumkan kepada APMM sebarang bantuan yang diperlukan berkaitan aktiviti maritim untuk kelancaran operasi,” katanya.

Beliau berkata demikian  kepada media selepas menghadiri taklimat mengenai aktiviti pemindahan kapal ke kapal oleh Victoria STS Sdn Bhd di sini, pada Selasa.

Nudin berkata,  aktiviti pemindahan kargo dari kapal ke kapal di perairan Labuan perlu diberi perhatian berikutan limpahan ekonominya pada ekonomi di pulau itu.

Jelas beliau, pihaknya akan terus memberi kerjasama dengan syarikat pengendali  pemindahan kargo  kapal ke kapal (Victoria STS Sdn. Bhd), namun pihak pengendali perlu dan harus mematuhi sepenuhnya  prosedur dan standard keselamatan dan keperluan lain  yang berkaitan.

 ktiviti pemindahan kargo kapal ke kapal oleh Victoria STS dan akan memberi kerjasama untuk kelancaran operasi, dan pengendali harus mematuhi sepenuhnya standard keselamatan dan keperluan lain yang berkaitan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN