26.6 C
Kota Kinabalu
Rabu, Julai 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

APMM Zon Labuan bantu pindahkan kru kapal alami sakit jantung

GAMBAR:  MEDECAV….anggota APMM Zon Labuan  menyerahkan  pesakit  kru sebuah  kapal  kepada  pembantu perubatan di jeti Maritim Labuan, malam semalam.

Oleh: Jainudin Djimin

LABUAN: Agensi Penguatkuasaan  Maritim Malaysia Zon Labuan telah mengaktifkan operasi MEDECAV (Medical Evacation)  bagi  membantu   memindahkan seorang  kru kapal  ‘Perdana Liberty’ yang mengalami sakit jantung yang dilaporkan berlaku sekitar jam 8 malam semalam.

Pengarah Zon Maritim Labuan Kapten (Maritim) Nudin Jusoh berkata,  Pusat Operasi  (PUSOP) Zon Maritim Labuan menerima panggilan kecemasan daripada ‘Labuan Port Control’ mengenai seorang kru kapal yang menggalami  serangan jantung di atas sebuah kapal yang bersauh di posisi lebih kurang 0.7 batu nautika (BN) Tenggara Pulau Papan.

Katanya Bot Kilat telah diaturgerak  ke lokasi bagi membantu memindahkan mangsa dari kapal berkenaan dan membawa maangsa ke jeti Zon Maritim Labuan.

“Setibanya di jeti, mangsa telah diberikan rawatan oleh Pembantu Perubatan serta petugas ambulan sebelum di bawa ke Hospital Labuan untuk rawatan selanjutnya” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Jelas beliau lagi, selain penguatkuasaan undang undang di zon Maritim Malaysia, agensi ini turut bertanggungjawab memastikan keselamatan orang ramai ketika melakukan aktiviti di laut.

Oleh itu katanya, Zon Maritim Labuan menyeru komuniti maritin untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat kecemasan atau pelanggaran undang-undang uang berlaku dalam perairan Labuan kepada ‘hotline’ Pusat Operasi Maritim Labuan di talian 087-428008 atau MERS 999.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN