29 C
Kota Kinabalu
Ahad, Januari 25, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

APMM tahan kapal kargo atas pelbagai kesalahan

Kapal kargo yang ditahan di bawa ke jeti Maritim untuk siasatan lanjut

LABUAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah kapal kargo atas pelbagai kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952.

Pengarah Maritim Zon Labuan Kapten Maritim Izwanhadi Idros berkata kapal berkenaan telah ditahan  di kedudukan 0.6 Batu Nautika Barat Daya Pulau Papan  pagi kelmarin.

Katanya, kapal kargo berwarna Putih biru itu ditahan  oleh bot peronda Maritim Malaysia yang sedang dalam rondaan Op Sejahtera 1/2022 dan Op Tiris 3.0.

“Hasil daripada pemeriksaan kapal kargo tersebut di percayai dikendalikan oleh seorang Chief Officer dan Ketua Jurutera  tanpa nakhoda dan rakit Keselamatan serta alat pemadam api telah tamat tempoh” katanya dalam satu kenyataan media disini hari ini.

Jelas beliau, Chief Officer bersama Ketua Jurutera berumur 24 dan 59 Tahun  warganegara Malaysia bersama  kapal kargo berkenaan telah di tahan di jeti Zon Maritim Labuan untuk siasatan lanjut.

Izwanhadi berkata, orang ramai boleh menyalurkan informasi kelakuan jenayah di laut dengan terus menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-427999 atau talian kecemasan NG999 yang beroperasi 24 jam setiap hari.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN