TAHAN…. bot nelayan tempatan bersama 16 nelayan tanpa sebarang dokumen di tahan.
Oleh: JAINUDIN DJIMIN
LABUAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan menahan 16 warga saing tanpa izin (PATI) bersama sebuah bot nelayan tempatan di perairan Labuan dalam satu Op Pagar, pagi Jumaat.
Pengarah APMM Zon Maritim Labuan, Kapten Nurdin Jusoh berkata ketika operasi anggotanya telah mengesan sebuah bot nelayan dalam keadaan mencurigakan sedang menangkap ikan.
Bot nelayan bersama 16 PATI itu ditahan kira-kira jam 11 pagi, pada jarak 24 batu nautika barat laut Labuan.
TANGKAPAN… beberapa nelayan asing memindahklan hasil tankapan ke dalam bot sebelum ditahan oleh anggota APMM Labuan, pada Jumaat.
“Hasil pemeriksaan bot nelayan tersebut telah dikendalikan oleh 18 kru termasuk tekong berusia 24 hingga 54 tahun dan 16 daripadanya gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah dan disyaki sebagai pendatang tanpa izin (PATI)” katanya dalam satu kenyataan media di sini, pada Sabtu.
Beliau berkata, bot berkenaan seterusnya di bawa ke Jeti Maritim Labuan dan semua kru telah ditahan untuk siasatan lanjut.
Nurdin berkata, pihaknya bekerjasama dengan Jabatan Perikanan Labuan untuk mengesan dan mengambil tindakan terhadap pemilik bot berkenaan kerana dipercayai mengajikan pekerja tanpa permit yang sah.
Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63.