WATIKAH PERLANTIKAN….Sarifudin (kiri) menyerahkan kepada Datuk Jonathan disaksikan rombongan APM bersama Staf Pejabat Parlimen Ranau.
RANAU: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Malaysia, bukan sahaja berperanan menjaga keharmonian dan keselamatan penduduk setempat, malah membantu menyelamatkan harta benda dan nyawa penduduk ketika berlaku sesuatu bencana.
Ahli Parlimen P.179 Ranau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Pilihan Khas(JKPK) Malaysia, Datuk Jonathan Yasin
berkata, peranan APM amat diperlukan apabila berlaku sesuatu bencana seperti gempa bumi, banjir dan banyak lagi untuk menyelemat nyawa serta harta benda penduduk (mangsa).
Datuk Jonathan menyatakan demikian ketika ditemui selepas satu Kunjungan Hormat 5 orang anggota APM Kundasang dan Ranau diketuai Sarifudin Bin Sahibin ke Pejabat Parlimen P.179 Ranau baru-baru ini.
Sempena Kunjungan Hormat itu, Datuk Jonathan telah menerima Watikah Perlantikan sebagai Penolong Pesuruhjaya Kehormat APM Malaysia berkuat-kuasa 2 Januari 2024, telah disampaikan Sarifudin.
Datuk Jonathan berterima kasih dengan perlantikan tersebut sambil memuji peranan dan fungsi Anggota APM ketika berlaku bencana Gempa Bumi di kawasan Kundasang dan Ranau suatu ketika dahulu APM telah menjalankan tugas dengan baik bersama para pasukan penyelamat dan sukarelawan yang lain.
Sementara itu Sarifudin ketika ditemui memberitahu, antara tugas sebagai Penolong Pesuruhjaya Kehormat ialah Memberi Khidmat, Kepakaran, Bantuan dalam bentuk material dan sokongan moral bagi memastikan fungsi pertahanan awam diperingkat Organisasi, Komuniti akan lebih cemerlang di bawah pentadbiran dan ruang lingkup kedudukan Pegawai Kehormat (PK ).
“PK juga merupakan penaung kepada sesebuah organisasi serta sebagai penggerak diperingkat pengurusan dan pentadbiran organisasi.
“Ia juga membantu memaju dan memperluaskan keanggotaan serta perkhidmatan sokongan Pertahanan Awam di lokasi masing-masing”, jelas Sarifudin.
Beliau yang cukup berpengalaman dalam pasukan APM, mengharapkan dengan watikah tersebut bakal mewujudkan kecemerlangan APM Ranau dan Kundasang agar terus mekar dan dapat memberi ilmu-ilmu APM kepada Kununiti dalam pengurusan kes bencana.
Datuk Jonathan dalam ucaptamanya, berterima kasih dengan penyerahan Watikah Perlantikan tersebut dan mengharapkan APM Malaysia khususnya di daerah Ranau dan Kundasang akan terus cemerlang dalam bidang tugas yang diamanahkan.
” Tugas APM bukan mudah malah mencabar dan berfungsi sebagai keselamatan nyawa serta harta benda komuniti setempat terutama apabila berlaku sesuatu kes bencana yang yang pastinya memerlukan komitmen tinggi daripada para anggota APM”, tambah Datuk Jonathan
Turut hadir bersama Datuk Jonathan ialah, para Pegawai dan Staf pejabat Parlimen Ranau.
             Â