30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Anwar Berjaya Menipis Tangapan Negatif Orang Ramai Melalui Tindakan Ikhlas Beliau.

Sangkar ketika berucap pada majlis itu.

KENINGAU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menipis tanggapan negatif dan kerisauan orang ramai khususnya di negeri ini berkaitan kesediaan beliau mengembalikan hak-hak Sabah dan Sarawak.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Sabah, Datuk Dr. Sangkar Rasam berkata, Datuk Seri Anwar telah bertindak diluar jangkaan untuk mengiktiraf Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi dalam pembentukan Persekutuan Malaysia.

Katanya, antara tindakan beliau sejak dilantik sebagai Perdana Menteri ialah melantik Timbalan Perdana Menteri Malaysia bagi mewakili Sabah dan Sarawak iaitu Datuk Seri Fadillah Yusof yang tidak pernah dilakukan sebelum ini serta mengembalikan kuasa mengawal selia bekalan gas kepada kerajaan negeri Sabah.

“Selain itu, Kerajaan Persekutuan juga telah memberi kuasa untuk meluluskan projek bernilai dibawah RM50 juta kepada Sabah dan Sarawak selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Keputusan ini juga dapat mengurangkan kerenah birokrasi dalam melaksanakan projek pembangunan dan dapat menyelesaikan masalah mengikut keutamaan yang dihadapi rakyat di dua wilayah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kesyukuran Pelantikan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia ke-10, di salah sebuah hotel di Keningau pada Rabu.

Tambahnya, beliau percaya akan lebih banyak lagi pengembalian hak kepada Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam MA63 tanpa melalui proses yang panjang.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN