25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 12, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Anggota RELA diseru Pupuk disiplin diri yang tinggi: Jonathan

GIMIK….. Jonathan (kanan) menyerahkan Cek RM10 ribu kepada Mairy diperhatikan yang lain termasuk Benedict (Kanan), Lajim (dua kiri) dan Hussin (Kiri).

RANAU: Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Jonathan Yasin menyeru para Anggota Rela agar sentiasa memupuk disiplin diri yang tinggi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.

Beliau berkata, peranan anggota Rela dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diamanahkan memerlukan komitmen dan disiplin diri yang terbaik boleh meyakinkan kepada Komuniti setempat.

“Justeru disiplin terbaik setiap anggota Rela adalah cerminan masyarakat terhadap kemampuan Rela melaksanakan tanggungjawab dengan jayanya.

“Elakan perbezaan pendapat dikalangan anggota Rela, sebaliknya harus diselesaikan secara baik demi kepentingan dan menjaga imej nama baik para anggota Rela”, tegas Jonathan.

Beliau menyatakan demikian ketika berinteraksi dengan serombongan Lima anggota Rela Daerah Ranau yang diketuai Pegawai Rela Daerah Ranau yang baharu, Mairy Bin Yubin.

Jonathan mengharapkan kepada Mairy supaya meneruskan tugasan sebagai Ketua Rela Daerah yang baharu, sekaligus meningkatkan peranan serta prestasi terbaik anggota Rela daerah Ranau.

“Kita merakamkan penghargaan dan terima kasih atas sumbangan dan Khidmat bakti Pegawai Rela Ranau yang sudah bertukar, PPjR Ag.Damit Bin Pg.Yusof atas segala khidmat bakti selama bertugas di Ranau amat Kita hargai”, tambah Jonathan yang seterusnya meluluskan sumbangan berjumlah RM10 ribu kepada Tabung Rela Daerah Ranau.

Sementara itu, Mairy dalam ucapan ringkasnya mewakili rombongan, berterima kasih kepada Jonathan kerana sudi menerima Kunjungan Hormat mereka yang julungkali diadakan itu.

“Kami akan cuba memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat daerah Ranau, setakat yang kami mampu”, tambah Mairy.

Beliau mewakili anggota Rela seluruh daerah Ranau, merakam penghargaan kepada Jonathan kerana sudi menghulurkan sumbangan kewangan RM10,000 (sepuluh ribu) kepada Tabung Rela Daerah Ranau yang akan digunakan bagi membiayai program atau aktiviti Rela Daerah dari masa ke semasa.

Hadir sama menyambut rombongan Kunjungan itu ialah, Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Benedict Gunda, Setusaha Sulit kepada Jonathan, Lajim Abd.Momen dan Setiausaha Sulit Kanan, kepada Timbalan Menteri II, KDN, Hussin Bin Jirat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN