27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Anggota RELA disaran mengamalkan  disiplin diri yang tinggi, berintegriti: Jonathan Yasin

Mairy (kanan) menyampaikan cenderakenangan kepada Datuk Jonathan diperhatikan Mohd.Fauzi.

RANAU: Para anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) disaran suspaya mengamalkan  disiplin diri yang tinggi serta menjalankan tugas dan berintegriti yang terbaik setiap masa walau di mana sahaja mereka berada.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin menegaskan seorang anggota Rela yang terbaik adalah mereka yang sentiasa berdisiplin walau di mana berada sama ada menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanah atau ketika tidak berpakaian rasmi Rela.

“Sebagai anggota Rela harus peka dengan tugas rasmi mereka sebagai barisan hadapan bersama pasukan keselamatan yang lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM),” katanya sambil memuji anggota Rela yang turut bertugas di lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR) bagi mengakang pandemik Covid-19.

Antara anggota Rela Baharu yang menghadiri Kursus tersebut.

Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau berkata demikian ketika berucap menangguhkan Kursus Asas Pengenalan Rela Siri 1/2021 melibatkan 153 anggota Rela baharu di Dewan Masyarakat Ranau hari ini.

Beliau turut memuji kepimpinan Rela daerah Ranau dengan sokongan Rela negeri kerana berjaya menganjurkan kursus tersebut yang memang amat penting sebagai memberi pendedahan terhadap peranan dan tanggungjawab sebagai anggota Rela.

“Saya juga punyai tanggungjawab dan berperanan mengawasi  semua anggota Rela seluruh negara  menyeru kepada semua peserta supaya mempraktikkan segala  dapatan, pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh sepanjang kursus demi nama baik pasukan dan anggota Rela itu sendiri.

“Sebagai seorang anggota Rela yang terbaik kena jaga disiplin diri dengan tidak terlibat dengan perbuatan atau perilaku yang kurang sopan menyalahi peraturan sebagai seorang anggota Rela”, tegas Jonathan.

Turut berucap ialah,  Pengarah Rela Negeri, Mohd.Fauzi Jumat dan Pegawai Rela Ranau, Mairy Yubin.

Majlis berakhir dengan penyampaian  Pakaian Seragam Digital  Rela  dan Sijil kepada peserta yang disempurnakan Jonathan.

           

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN