26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Anggota keselamatan juga harus utamakan keselamatan: Jonathan

Oleh: Cleo Will

RANAU: Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin berkata rakyat di sini bernasib baik kerana kerana adanya penguatkuasaan ketat oleh pasukan keselamatan, tetapi keselamatan semua anggota keselamatan juga harus menjadi keutamaan.

“Keberkesanan PDRM Ranau dalam menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) begitu membanggakan tetapi setiap anggota yang terlibat mestilah disaring dan disahkan bebas dari sebarang jangkitan virus sebelum memulakan tugas mereka.

“Tempat di mana mereka tinggal dan bekerja juga mestilah bebas Covid-19. Kami faham bahawa IPD Ranau telah membuat penyemburan kebersihan di kawasan mereka, dan semoga langkah berhati-hati dapat diambil oleh semua pihak,” katanya.

Lajim (kiri) mewakili Jonathan menyampaikan sumbangan kepada anggota petugas PKP

Beliau mengulas mengenai kejadian di mana lima anggota polis termasuk dua orang pegawai diumumkan telah diperintahkan menjalani kuarantin oleh pihak berkuasa kesihatan selepas dikhuatiri dijangkiti virus Covid-19.

Dalam perkembangan yang sama, bagi menyokong kakitangan kesihatan di kawasan ini dalam tanggungjawab menjaga individu di sini berkaitan wabak semasa, Jonathan telah menyumbangkan RM10,000 serta bantuan seperti air botol dan barangan makanan ke Hospital Ranau.

“Derma RM10,000 ini bertujuan untuk membantu meringankan beban kakitangan KKM yang terlibat dalam wabak Covid-19 di Hospital Ranau. Derma disalurkan melalui Lembaga Pelawat Hospital Ranau (LPHR),” katanya.

Simbolik Penyerahan Sumbangan Daripada YB Jonathan disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau, Benedict Gunda melalui Lembaga Pelawat Hospital Ranau untuk petugas Jabatan Kesihatan di Pejabat Jabatan Kesihatan Kiaburi.

Jonathan diwakili Benedict Gunda (keempat kiri) menyampaikan sumbangan kepada Pejabat Kesihatan Ranau.

Di samping itu, bantuan juga disalurkan kepada anggota polis dan RELA yang bertugas di simpang Lohan yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau Lajim Abd Momen yang mewakili Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P 179 Ranau.

Dalam inisiatif serupa, Penolong Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau Jaharin Angku Mewakili Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P 179 Ranau juga menghantar sumbangan keperluan harian untuk seramai 42 penerima berkategori ibu tunggal, OKU dan warga emas di Kg Kibbas Ranau. –TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN