Beginilah keadaan anak sungai yang tercemar dengan tumpahan gum itu.
KENINGAU:Tumpahan gum akibat kemalangan sebuah lori di Simpang Bariawa pada kira-kira jam 11.40 malam tadi menyebabkan anak sungai yang mengalir di sungai Bariawa tercemar.
Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP)Nor Rafidah Kasim berkata, sebuah lori jenis Treler Shacman dari arah Kota Kinabalu menuju ke Kilang Playwood Kosinar Sook Keningau telah hilang kawalan semasa menuruni bukit lalu terbabas ke bahu kiri dan terlanggar tebing bukit menghampiri simpang Jalan Bariawa.
Walau bagaimanapun katanya, pemandu lori tersebut tidak mengalami apa-apa kecederaan.
Katanya, akibat kemalangan itu, menyebabkan lori treler yang membawa muatan bahan gum berkenaan pecah menyebabkan tumpahan sisa gum ke kawasan aliran sungai kecil di Kampung Bariawa.

Lori yang terbabit dalam kemalangan itu.
Sehubungan dengan itu katanya, sepasukan team dari Jabatan Kesihatan Keningau dan Polis Diraja Malaysia telah melawat tempat kejadian dan mengambil sampel air sungai untuk ujian.
Jelasnya, laporan lanjut diserahkan kepada Jabatan Alam Sekitar untuk tindakan.
Nor Rafidah turut menasihat orang awam agar tidak membuat sebarang aktiviti di sungai tersebut yang disyaki tercemar.
Kes disiasat dibawah Rule 10 LN 166/59.
.