ADVERTISEMENTspot_img

Anak Brunei Cycling Team juara RB Open  LTTT 3.0

RITHUAN (empat dari kiri) bersama pemenang kategori RB Open LTTT 3.0 yang diadakan di Kompleks Sukan Air Antarabangsa LaAnak Brunei Cycling Team juara RB Open  LTTT 3.0buan, pada Ahad.

LABUAN:  Pasukan Anak Brunei Cycling muncul johan Labuan Team Time Trail (LTTT) 3.0  kategori Road Bike Open (RB) yang diadakan di Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan, pada Ahad.

Pasukan Anak Brunei Cycling yang dibarisi empat pelumba Mohammad Syami Darwisy, Daren Khoo,  Jereman Koo Wai Jian dan Mohammad Syafiq Danial yang menamatkan perlumbaan sejauh 42km dengan masa 1jam 46 saat menerima hadiah wang tuani RM1,200 dan medal.

Naib johan dimenangi oleh pelumba dari pasukan SNLS Labuan yang diwakili Muhd. Azwan Muhd. Hairolani,  Abdul Yassin Abdul Sapar, Mohd Yussuf Sudin dan Mohd Yazwan Yahya dengan catatan masa  1 jam 1 minit 1 saat menerima hadiah wang tunai RM1,000 dan medal.

Tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Blacko Merchandsite dari Kota kinabalu yang diwakili oleh  Lam Fon Je, Chang Yin Fui, Khairul Farhan dan Tsen Sheng Wei mencatatkan masa 1 jam 1 minit 26 saat untuk membawa pulang wang tunai RM800 dan medal.

Bagi kategori  Road Bike Mix Open, johan dimenangi oleh pasukan Tawau Cycling Club  (Mohd Hussamie Hussien,  Noor Zakira Zulrimi, Mohd  Shukur Mistarasa, Muhammad Azran) dengan catatan masa 1 jam 3 minit menerima hadiah wang tunai RM1,200 beserta medal.

Naib johan dimenangi oleh  Blacko Racing Team Kota Kinabalu (Mohd Fetry Habo, Mohd Jaini Saleh Jain, Natasya Soon, Melchaizedek Kisar) membawa pulang wang tunai RM1,000 selepas menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 1 jam 4 minit dan 13 saat.

Tempat ketiga dimenangi oleh Pasukan Masterpiece dari Miri Sarawak yang diwakili (Iskandar Damaimi, Mohamad Khairol, Nurzaarith Izzat dan  Abdullah Haja Abu Bakar) menerima hadiah wang tunai RM800 dan medal.

Turut dipertandingkan dalam perlumbaan itu ialah kategori Road Bike Veteran yang dimenangi oleh pasukan Masterpiece Vetaran A dari Miri Sarawak, naib johan dimenangi oleh pasukan Anak Brunei Cycling Team dan tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Giant Racing Team dari Kuching Sarawak.

Manakala bagi kategori  MTB open johan disandang oleh pasukan MRB 2 Kota Kinabalu, naib johan dimenangi oleh Ninoh Cycle Team dari Miri Sarawak dan tempat ketiga dimenangi oleh pasukan  Diamond Group C dari Keningau.

Sementara itu bagi kategori  MTB Veteran, johan  dimenangi oleh pasukan  MRB Kota Kinabalu, naib johan dimenangi  pasukan Vet’s Chiken 2 dari Keningau dan tempat ketiga pasukan Blacko Racing Team 76  Kota Kinabalu.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Perbadanan Labuan dengan kerjasama MAKSAK Labuan dan  Kelab Road Cyclist Labuan telah disertai sebanyak 92 pasukan membabitkan 386 peserta dari  Sabah, Sarawak dan Labuan serta Brunei Darussalam.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN