32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

AMS Trust hulur sumbangan bantu golongan kurang bernasib baik

SERAH…. Azizan menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal sambil diperhatikan Rithuan (kiri sekali) dan Haji Hamir (dua dari  kiri).

LABUAN: Syarikat AMS Trust Company Limited dan AMS Properties Limited  menyantuni  golongan kurang bernasib baik serta menghulurkan sumbangan Aidilfitri melalui Program Ziarah Kasih Ramadan 2022.

Pengerusi Syarikat itu, Azizan Mohd Som berkata, program Ziarah Kasih Ramadan merupakan program tahunan  yang sudah menjadi tradisi pihaknya setiap kali menjelanG bulan Ramadan.

“Kita berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan  beban golongan yang kita santuni  dan bantuan seumpama ini memang setiap tahun kita laksanakan,” katanya.

Beliau berkata, sumbangan tersebut adalah selaras  dengan konsep perniagaan syarikat AMS Trust  untuk menyumbang kembali hasil keuntungan syarikat kepada masyarakat yang memerlukan  khususnya golongan yang kurang bernasib baik.

Pada Program tersebut seramai enam  individu yang terdiri daripada ibu tunggal, pesakit kronik dan Orang Kurang Kelainan (OKU) menerima bantuan keperluan  dapur dan duit raya bernilai RM500.

SUMBANGAN… Azizan menyampaikan sumbangan kepada pesakit kronik sambil dperhatikan Rozman (kanan sekali),  Rita (kiri sekali), Mohd Dzulfaizal (dua dari  kiri) dan Haji Hamir (tiga dari kiri)

Sementara itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail yang turut serta dalam program itu, memuji usaha AMS Trust yang sentiasa membantu warga Labuan yang kurang bernasib baik.

“Saya berharap program seperti ini akan dapat diteruskan di masa hadapan  dan kita berharap akan lebih banyak syarikat korporat yang memperolehi keuntungan tampil untuk sama sama membantu masyarakat Labuan yang kurang bernasib baik” katanya.

Turut sama dalam  program itu ialah Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli, Yang Di Pertua PAS Kawasan Labuan, Haji Hamir Zahari, Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Ghani Yunus, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Labuan, Mohd Dzulfaizal Ab. Manan dan Ketua Pegawai Eksekutif AMS Trust Company Limited, Jazzrina Rita Sharif.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN