30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Amisah Yassin, ketuai program agih Bubur Lambuk & buah Kurma

Datuk Amisah (depan) ketika memberikan Bubur Lambok dan Buah Kurma kepada pengguna jalan raya diperhatikan Daini.

RANAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah Dilantik, yang juga Ketua Srikandi BERSATU Ranau, Datuk Amisah Yassin, mengetuai Program Pengagihan Bubur Lambuk kepada orang awam bertempat di hadapan Kedai Chuan Seng anjuran Wanita Perikatan Nasional (PN) hari ini 03 Mei 2021.

Bubur Lambuk sebanyak 500 kontiner yang disediakan oleh Wanita Srikandi Bersatu Ranau dan Buah Kurma sumbangan bersama Pusat Khidmat Rakyat Pejabat Parlimen Ranau dan pemilik Supermarket Sabindo, Ranau yang juga Timbalan Ketua Wiramuda STAR Sabah, Kong Soon Choi.

Program tersebut berjalan lancar dan mendapat sambutan daripada orang awam atas kerjasama Kakitangan Pusat Khidmat Rakyat Pejabat Parlimen Ranau diketuai Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia, Lajim Bin Haji Abd. Momin dan Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen 1, Merangkap Ketua Wanita Penyelaras Parlimen Ranau, Daini Radani.

AH CHOI…ketika menyampaikan bungkusan Bubur Lambuk dan Kurma kepada salah seorang pengguna jalanraya

Ahli Jawatankuasa dari parti STAR, SAPP dan PAS turut menjayakan program itu.

Sepanjang program itu dijalankan, para petugas dan sebahagian kakitangan Parlimen Ranau dan Kakitangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak leka dengan pematuhan Standard Operasi Prosidure (SOP) yang diarahkan kerajaan bagi membendung penularan Covid-19 yang masih melanda dunia termasuk Malaysia.

Lajim (kiri) turut menyampaikan bungkusan Bubur Lambuk & Kurma.

Datuk Amisah ketika ditemubual melahirkan rasa syukur dengan agihan Bubur Lambok dan Buah Kurma kepada penduduk daerah Ranau, kerana mendapat sambutan hangat dari pihak yang berpeluang menerima sumbangan tersebut.

“Saya amat berterima kasih atas kerjasama dari pihak yang terlibat menjayakan program pengagihan makanan ini dan bersyukur terhadap sambutan yang ditunjukkan oleh orang awam telah menerima Buah Kurma dan Bubur Lambok”, jelasnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN