27 C
Kota Kinabalu
Sabtu, April 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Amanah Labuan tubuhkan semula Sayap Pemuda

Khalid (duduk tengah)  Dr Ramli (duduk dua dari kanan) bersama barisan kepimpinan Sayap Pemuda Amanah Labuan yang baru di tubuhkan.

LABUAN:Parti Amanah Negara (Amanah) Bahagian Labuan  berjaya mewujudkan semula secara rasmi  sayap Pemuda selepas tidak aktif sejak tahun 2020.

Ketua Parti Amanah Wilayah Persekutuan Labuan, Datuk Wira Dr. Ramli Tahir berkata penubuhan Sayap Pemuda itu sekaligus melengkapkan barisan kepimpinan parti Amanah di Labuan.

Katanya, penubuhan Sayap Pemuda itu telah dirasmikan oleh  Ketua Amanah Wilayah Persekutuan, Khalid Samad bru baru ini yang  menyaksikan Mohd Shahezzad Salim dipilih sebagai Ketua Pemuda.

“Bagi jawatan Naib Ketua Pemuda ialah  Sharif Khairul Ikhwan manakala bagi jawatan Setiausaha disandang  Mohd Haziq Danial”, katanya dalam satu kenyataan media disini kelmarin.

Beliau menjelaskan sebagai sebahagian daripada kerajaan perpaduan, parti Amanah terus komited memainkan peranan proaktif dalam menyokong usaha kerajaan perpaduan dalam kalangan rakyat.

Untuk rekod Timbalan Ketua Parti Amanah Labuan di peggang oleh  Andy Herdwadi Jaafar, Naib Ketua Rahim Suilin, Ketua Sayap Wanita, Maureen Tidal dan  Rosinah Jahar sebagai Naib Ketua Sayap Wanita.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN