Redonah bergambar dengan peserta yang menghadiri zumba diĀ Fitness Centre di Dewan Residensi Prima Kota Marudu baru-baru lalu.
KOTA MARUDU: Rezeki kesihatan itu ‘mahal’. Apatah lagi, tidak kira pada usia muda atau sudah ke tahap warga emas, kehadiran pelbagai penyakit yang ‘singgah’ di tubuh badan selalunya jarang disedari.
Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Redonah Bahanda berkata pada ketika ini, kebanyakan golongan tua dan muda sering menghadapi masalah kesihatan.
Beliau berkata semestinya, keadaan kesihatan ini berkait rapat dengan amalan gaya hidup iaitu mungkin tidak menjaga pemakanan, kurang bersenam dan stres.
āSaya menyeru orang ramai agar mengutamakan kesihatan diri supaya dapat menurunkan risiko penyakit samada berjangkit mahupun tidak berjangkit. Kita boleh beriadah sambil berzumba untuk menjaga kesihatanā, katanya.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Fitness Centre di Dewan Residensi Prima Kota Marudu baru-baru lalu.
Menurut Redonah lapisan masyarakat dinasihatkan agar sentiasa peka dan mengambil tahap kesihatan diri serta mengamalkan gaya hidup sihat.
Jelasnya selain gaya hidup sihat, pengambilan makanan seimbang juga penting bagi mengekalkan kecergasan dan kesihatan badan.
“Masyarakat juga dinasihatkan supaya mengamalkan senaman supaya kekal sihat dan cergas. Selain gaya hidup sihat, pengambilan makanan seimbang juga penting bagi mengekalkan kecergasan dan kesihatan badan. Masyarakat juga dinasihatkan supaya mengamalkan senaman supaya kekal sihat dan cergas.
āPenekanan mengenai gaya hidup sihat harus diberi kepada golongan generasi muda kerana mereka adalah tulang belakang kepada kemajuan negara pada masa depan.
āJita semua perlu selitkan sedikit aktiviti bersukan dan riadah, walau sesibuk mana pun jadual kerja kita, kerana kesihatan kita perlu sentiasa kita pelihara dan bersukan adalah antara cara untuk kita meningkatkan mutu dan kualiti kesihatan kita,ā tamnbah Redonah.
.