Jemisi (depan) merakam gambar semasa kerja-kerja ‘Mitatabang’ yang masih diamalkan penduduk Kg.Nawanon Ranau.
RANAU: Membuat kerja secara ‘Mitatabang’ (bergotong royong) yang diamalkan masyarakat desa di daerah ini, memang menyeronokkan kerana bukan sahaja dapat menyiapkan sesuatu kerja dengan lebih cepat menjimatkan masa, malah mampu memupuk permuafakan dan kerjasama padu sedia terjalin dikalangan anggota keluarga dan juga jiran sekampung.
Demikian yang diamalkan sudah sekian lama penduduk Kg.Nawanon terletak kira-kira 62 kilometer dari pekan Ranau mengadakan gotong royong mengetam (menuai) padi di ladang mereka setiap tahun secara tradisional.
Menurut salah seorang penduduk Kg.Nawanon yang juga Pengerusi JPKK kampung itu, Jemisi Sabal ketika ditemui dalam satu program ‘Mitatabang’ di kampung itu pagi tadi (6 Januari) memberitahu, amalan itu memang menyeronokkan tidak terasa panas sinaran mentari (sinaran matahari) panas walaupun hasil tuaian mereka kurang menguntungkan.
“Tahun ini hasil tuaian kami agak menurun disebabkan cuaca tidak menentu yang menyebabkan pokok padi banyak yang remah dan kurang berisi”, jelas Jemisi.
Beliau memaklumkan bukan setakat kerja menuai padi sahaja gotong royong itu mereka amalkan tetapi dalam aspek kerja lain seperti menebas, merumput membersihkan kawasan ladang tanaman padi juga mereka laksanakan.
            Â