31 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Amalan gaya hidup sihat bermula dari sikap setiap individu: Asiah

Asiah (depan kedua dari kanan) bersama Sitam (kanan) dan semua yang menyertai program Jom Sihat itu.

NABAWAN: Amalan gaya hidup sihat bermula dari sikap setiap individu yang mengutamakan kesihatan.

Datin Asiah Mohd Azlan berkata, amalan gaya hidup sihat bukan sahaja menjaga pemakanan dan bersenam tetapi seseorang individu itu perlu mempunyai rehat yang cukup dalam rutin kehidupan seharian.

Asiah, isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Jom Sihat anjuran Pergerakan Wanita dan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Nabawan di Kompleks Sukan di sini pada Isnin.

Katanya, masyarakat yang sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat adalah mereka yang prihatin dengan budaya sihat serta sentiasa
mengutamakan kesihatan diri.

Menyentuh program tersebut Asiah berkata, sememangnya program sebegini amat digalakkan untuk diadakan kerana ianya sedikit sebanyak dapat
membantu menyihatkan tubuh badan ataupun dapat meningkatkan imuniti badan individu.

Selain itu katanya, ia juga dapat menyatupadukan komuniti setempat sekiranya ia diadakannya pada masa-masa yang
sesuai.

Beliau juga berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang.

Pada masa sama Asiah memberikan kata-kata semangat khususnya ahli-ahli saya parti, Pergerakan Wanita dan Beliawanis Gagasan Rakyat Bahagian Nabawan agar terus bergerak mendekati masyarakat akar umbi.

“Kita semua hasruslah sentiasa bersedia, proaktif dan efisien dalam melaksanakan tanggungjawab untuk sama-sama
menyemarakkan kesatupaduan dalam parti demi kesejahteraan semua” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat dalam usaha memastikan program ini dapat dijayakan.

Hadir sama Ketua Pergerakan Wanita Gagasan Rakyat Bahagian Nabawan Puan Sitam Ansula dan barisan kepimpinan Pergerakan Wanita dan Beliawanis Gagasan Rakyat Bahagian Nabawan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN