25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Amalan berbuka puasa bersama masyarakat amalan tahunan ADUN Sugut.

Datuk James Ratib menikmati juadah berbuka puasa bersama penduduk kampung serta pemimpin dan AJK Masjid Al-Ratib.

BELURAN: Amalan berbuka puasa bersama masyarakat sekampung merupakan tradisi tahunan yang dijalankan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.48 Sugut, Datuk James Ratib setiap kali menjelang Bulan Ramadhan.

Menurutnya, setiap tahun beliau akan mengambil kesempatan bersama-sama penduduk kampungnya untuk berbuka puasa bersama bagi merapatkan lagi ukhwah sesama umat Islam selain mengekalkan tradisi budaya harmoni dikalangan pemimpin dan rakyat.

Apa yang unik katanya, majlis berbuka puasa bersama penduduk kampung bukan sahaja dikalangan mereka yang beragama Islam, malah yang bukan beragama Islam turut serta dijemput sebagai tanda keharmonian hidup bermasyarakat.

“Amalan berbuka bersama penduduk kampung setiap tahun diadakan bagi merapatkan lagi tali persaudaraan dan kami gembira dapat duduk bersama sambil menikmati juadah berbuka. Kami turut menjemput saudara mara dan rakan-rakan bukan beragama Islam untuk turut serta berbuka puasa bersama kami”. Jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Ratib Pekan Butition yang diadakan di perkarangan Masjid tersebut dekat sini pada Ahad.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ruslan Jinal, Pemaju Masyarakat Dun Sugut dan Kamri Guntalou, Penyelia Masyarakat Dun Sugut serta beberapa pemimpin masyarakat dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Dun Sugut.

Selain itu, beliau beliau turut menjelaskan, pihaknya telah merancang untuk mengadakan majlis sama dibeberapa buah kampung lain dalam kawasan Dun Sugut termasuk di Pulau Jambongan yang agak terpencil dalam kawasannya.

James turut menunaikan sembahyang terawih bersama-sama pemimpin setempat dan masyarakat Islam dari sekitar Kg.Butition di masjid berkenaan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN