ADVERTISEMENTspot_img

Alviana Linus menawarkan diri tanding Ketua Bahagian

Alviana…. menawarkan diri bertanding Ketua Bahagian STARSABAH Melalap.

TENOM: Ketua Wiranita Parti Solidariti Sabah Tanah Airku (STARSABAH) N.42 Melalap Alviana Linus menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Bahagian pada Mesyuarat Agung Tri-Tunggal (MATT) Bahagian Melalap yang akan berlangsung pada 09 Mac ini bertempat di Dewan Kompleks Sukan Tenom di sini.

Alviana anak jati dari Kampung Langsat Melalap dijangka akan berhadapan pertandingan tiga penjuru merebut jawatan nombor satu STARSABAH Bahagian N.42 Melalap.

Dua lagi calon yang menawarkan diri bertanding merebut jawatan tersebut iaitu Datuk Dr Lucas Umbul dan Basir Basuti.

Alviana memegang jawatan Ketua Wiranita STARSABAH Bahagian Melalap tahun 2020 – 2023.

Pada ketika ini beliau juga adalah Ketua Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) N.42 Melalap merangkap Timbalan Penyelaras Wanita GRS P.181 Tenom.

Menurut Alviana, beliau bertanding Ketua Bahagian dengan Misi dan Visi utama ialah mahu membuat perubahan dari segi landskap politik, khususnya mengubah mentaliti masyarakat khususnya di DUN N.42 Melalap supaya berani membuat perubahan memilih.

“Saya tidak gentar biarpun terpaksa berdepan dengan dua lagi calon yang saya anggap rakan seperjuangan dalam parti” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Walau bagaimanapun katanya, yang membuat keputusan adalah ahli-ahli parti khususnya perwakilan yang sudah matang dan sudah lama berjuang dalam wadah STARSABAH.

Beliau juga berharap pertandingan berjalan secara sihat dalam keluarga parti mengikut Perlembagaan Parti.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN