32 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Alumni sekolah berperanan penting jana kecemerlangan sekolah bersama PIBG

JAHID Menyantuni salah seorang ibu bapa yang hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan tersebut.

TAMPARULI: Persatuan bekas pelajar atau alumni sekolah berperanan penting dalam menjana kecemerlangan sekolah menerusi jalinan kerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pihak sekolah.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata, peranan alumni sangat tinggi dalam memberi khidmat kepada bekas sekolah mereka, bukan sahaja dari segi pembangunan fizikal sekolah mahu pun dalam menyalurkan idea-idea penting untuk menambah baik sekolah.

“Selain membantu dari segi kewangan, kedua-dua entiti ini juga boleh saling melengkapi antara satu sama lain dalam membantu Kementerian Pendidikan Malaysia KPM dan pihak sekolah menjalani proses pengajaran dan pembelajaran pelajar.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Damit, dekat sini hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua PIBG, Justin Matanggal, dan Pengetua SMK Sungai Damit, Alizizah Hj Sipil.

Katanya, pembabitan alumni dalam menyokong dan memberi sumbangan secara sukarela kepada sekolah adalah penting bagi mengekalkan serta mengembangkan pembangunan sesebuah sekolah itu.

“Bagi pihak kerajaan negeri, saya mengucapkan tahniah kepada gabungan kepimpinan sekolah dan PIBG atas pelbagai usaha dalam membuat transformasi kepada sekolah, dengan harapan semoga hubungan seumpama ini berkekalan,”.

Jahid yang juga Wakil Rakyat Tamparuli, yakin penubuhan alumni juga mampu melahirkan potensi untuk setiap bekas pelajar menyumbang kepada sekolah dalam cara dan skala yang pelbagai.

Katanya, alumni yang berjaya juga berperanan sebagai contoh atau ‘role model’ kepada para pelajar yang masih menuntut di sekolah berkenaan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN