FOTO: Mai singgah
KOTA KINABALU: Semua aktiviti pelancongan di Sabah bagi tujuan pelancongan domestik dari daerah yang sama atau secara gelembung perjalanan (travel bubble) kini dibenarkan untuk beroperasi semula.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, perkara tersebut merupakan prosedur operasi standard (SOP) terbaharu dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 bagi negeri Sabah.
Foto -NabaluNews
“Bagaimanapun, ianya adalah tertakluk kepada syarat pelancong, pengusaha pelancongan dan pekerja telah lengkap divaksin dan bersatutus risiko rendah Covid-19 pada aplikasi MySejahtera,” katanya dalam kenyataan media, kelmarin.
Tambah beliau, operasi hotel dan penginapan juga dibenarkan bagi daerah yang sama seperti yang dinyatakan sebelum ini, dengan syarat pelanggan dan pekerja hotel atau inap desa (homestay) telah lengkap divaksin.
“Kesemua aktiviti dibenarkan kecuali penggunaan kemudahan penginapan seperti gimnasium, sauna, jakusi dan bilik seminar adalah tidak dibenarkan,” katanya. – NabaluNews