32 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Akademi Bola Sepak Junior Keningau Dan Kejohanan Piala Junior Keningau Dilancarkan

Datuk Ong Kim See (tiga dari kiri), Rafie (dua dari kanan) merakamkan kenangan selepas menyempurnakan Akademi Bola Sepak Junior Keningau dan kejohanan Piala Junior Keningau.

Oleh: Rizalmi Liman

KENINGAU: Ketua Jurulatih Sabah FA, Datuk Ong Kim Swee merasmikan Akademi Bola Sepak Junior Keningau di Keningau, pada Selasa.

Beliau berharap agar usaha ini dapat diikuti oleh zon-zon lain kerana usaha itu penting dalam pembangunan sukan bola sepak di peringkat akar umbi.

“Ini satu langkah yang cukup positif dan inisiatif yang baik daripada Keningau FA dimana mempunyai akademi bola sepak, ini penting untuk peringkat akar umbi.

“Saya juga berharap agar Keningau FA akan menjadi contoh untuk zon-zon lain untuk mengadakan atau pun menubuhkan akademi bola sepak bukan sahaja peringkat junior tetapi akademi-akademik bola sepak untuk peringkat umur yang lebih baik,” jelasnya.

Pada masa yang sama turut dirasmikan kejohanan Piala Junior Keningau untuk kategori 12 tahun dan ke bawah yang julung kalinya dianjurkan oleh Keningau FA.

Pengurus Sabah FC yang juga Presiden Keningau FA, Rafie Robert menghargai inisiatif Ahli Jawatankuasa Keningau FA untuk menjalankan kejohanan berkenaan.

“Saya harap kita dapat mencungkil bakat-bakat baharu di peringkat akar umbi melalui usaha ini,” jelasnya.

Katanya, kejohanan ini dijangka akan diadakan pada 27 April ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN