30 C
Kota Kinabalu
Isnin, November 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Ahli UMNO Labuan diseru Istiqamah dalam perjuangan

BASHIR …ketika mengucapkan Selamat Hari UMNO ke 74


LABUAN: Ketua UMNO Bahagian Labuan,  Datuk Bashir Haji Alias mengajak seluruh ahli parti di pulau ini khususnya untuk terus  kekal istiqamah dalam perjuangan membela nasib rakyat dan mempertahankan kedaulatan negara.

Beliau berkata, ahli-ahli UMNO perlu  berganding bahu  untuk menjadikan UMNO sebagai  sebuah parti yang menjadi wadah perjuangan dan berjasa kepada rakyat.

“Saya juga ingin mengajak ahli-ahli parti untuk bersam-sama memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi kerana dengan izinnya   UMNO  masih relevan  dan kekal  selama 74 tahun” katanya.

Beliau berkata demikian  dalam perutusannya sempena Sambutan Hari UMNO ke 74 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan, di sini, pada Isnin.

KETUA UMNO BAHAGIAN…. Datuk Bashir Alias


Dalam waktu yang sama, beliau yang juga Ahli Dewan Negara, mengajak ahli-ahli parti untuk bersama-sama  mengukuhkan kekuatan parti bukan sahaja di bahagian tetapi di seluruh peringkat cawangan bagi memastikan  parti Umno menjadi sebuah  kerajaan yang kukuh dan seterusnya mencapai kejayaan yang lebih cemerlang  pada PRU-15 nanti.

“Dikesempatan ini, saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemimpin-pemimpin UMNO terdahulu yang telah berjuang memastikan UMNO terus kekal hingga ke hari ini,”katanya.

Sementara itu,  beliau  bersama ahli-ahli UMNO  terus menadah tangan  berdoa agar wabak Covid 19 di negara ini  akan berkahir secepat mungkin.

“Saya juga  imengucapkan penghargaan  jutaan  terima kasih kepada semua barisan hadapan yang telah berkerja keras untuk mematikan rantaian Covid 19 sekaligus menjamin keselamatan  dan kesejahteraan rakyat” katanya. TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN