26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Ahli Pertubuhan Permotoran Dua Roda Labuan disaran bantu kerajaan

SIMBOLIK…. Bashir ketika merasmikan secara simbolik Pelancaran Pertubuhan Permotoran Dua Roda Labuan (PP2RL) sambil diperhatikan Marakan (tigi kiri), Maraffandie (dua kiri), Mohd Nazlan (kiri sekali), Patticia (dua kanan) dan Saiful (kanan sekali)

LABUAN: Pertubuhan Permotoran Dua Roda Labuan yang ahli-ahli terdiri daripada golangan anak muda disaran supaya membantu kerajaan dengan mewujudkan lebih banyak program pembangunan belia bagi memastikan golongan ini tidak tergelincir daripada kegiatan yang tidak berfeadah.

Demikian kata Ahli Dewan Negara Senator Datuk Bashir Alias ketika berucap merasmikan Pelancaran Penubuhan Permotoran Dua Roda Labuan (PP2RL) yang diadakan di Kampung Sungai Buton, pada Ahad.

Dalam waktu yang sama beliau berharap pertubuhan yang baru diluluskan pendaftarannya ini dapat bekerjasama dengan agensi kerajaan untuk mengerakkan semula ekonomi bagi membantu golongan belia yang terkesan dengan COVID 19.

SERAH… Marakan menyerahkan secara simbolik boaucar pengisian minyak bernilai RM1,000 kepada Maraffandie disaksikan Bashir (empat dari kanan).

“Saya turut berpesan kepada ahli-ahli pertubuhan ini supaya tidak menjadikan pertubuhan ini sebagai platform untuk mengkritik kerajaan mahupun menjadikan ia sebagai platform anak muda berdemontarasi menentang dasar kerajaan yang ada hari ini” katanya.

Beliau berkata kerajaan memandang serius mengenai pembangunan anak muda khususnya dalam usaha menampilkan lebih ramai tokoh tokoh muda yang bekelayakan untuk diangkat sebagai pemimpin mahupun dalam bidang keusahawanan.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Permotoran Dua Roda Labuan, Maraffandie Mohd. Kassim berkata, tujuan utama penubuhannya adalah untuk mengangkat golongan belia berdisiplin dengan peningkatan kendiri yang proaktif menerusi penglibatan dalam aktiviti dan program kemasyarakatan.

“Ia sekaligus menghindar persepsi negatif terhadap golongan belia bermotosikal dengan stigma mat rempit sebaliknya apa difokaskan oleh pertubuhan permotoran dua roda ini ialah untuk mengangkat dan melahirkan ahli-ahli yang berkemahiran bukan sahaja dalam bidang sukan permotoran tetapi juga melahirkan ahli-ahli yang berkemahiran dalam bidang penyelengaraan motosikal sekaligus memiliki bengkel motosikal sendiri” katanya.

Sementara itu, Penasihat Pertubuhan Permotoran Dua Roda Labuan, Marakan Zainal telah menyumbang sebanyak RM1,000 baucar pengisian minyak motosikal kepada hampir 200 peserta yang terlibat memeriahkan program tertsebut.

Hadir sama, Pengerusi Pertubuhan DAYA Masyarakat Labuan,Patricia Tan, Ketua NGO Penggerak Komuniti Labuan, Mohd. Nazlan Mazlan dan Kordinator NGO, Pemuda Negara Labuan, Saiful Ridzuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN