30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Ahli Persatuan Pesara Perkhidmatan Pendidikan Ranau terjejas banjir, terterima sumbangan

Adzman(kanan) wakili 5PMSDR menyerahkan sumbangan kepada Clement diperhatikan Jamri.

RANAU: Dua keluarga ahli Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia  Daerah Ranau(5PMDR) yang terjejas dengan bencana alam (tanah runtuh dan banjir) melibatkan bangunan rumah kediaman mereka awal Januari lepas, telah  menerima sumbangan derma ikhlas berupa wang tunai hasil kutipan daripada para ahli persatuan.

Dua pesara terlibat ialah, Cikgu Sawalin Bin Zakaria  yang kini Wakil Ketua Anak Negeri(WKAN) Ranau, dimana rumah kediamannya di Kg.Libang terlibat dengan tanah runtuh manakala  seorang lagi ialah Cikgu Clement Bin Umbun yang rumahnya di Kg.Kituntul Lama dihanyutkan banjir.

Sawalin dan Clement ketika ditemui selepas menerima sumbangan derma, merakam penghargaan dan terima kasih kepada ahli persatuan kerana bermurah hati menghulurkan sumbangan derma kepada keluarga mereka berdua.

“Sumbangan wang ringgit  daripada mereka telah membantu meringankan beban  keluaga kami”, jelas Sawalin.

Clement pula menyifatkan sumbangan yang mereka terima itu amat bernilai sambil  mengharapkan bantuan  daripada rakan-rakan sepersatuan  akan diberi genjaran pahala dan sentiasa murah rezeki dan diberi kesihatan yang baik sepanjang hayat.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN