32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Ahli Parlimen Ranau nafi keluar PKR

OLEH: ADUKA JASNIN SUMAN

RANAU: Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin, menafikan telah keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti yang tular di media sosial dan kebanyakan portal berita.

Dalam satu kenyataan ringkas yang beliau kongsikan di laman Facebook miliknya hari ini, Jonathan menjelaskan bahawa beliau kekal sebagai ahli PKR.

“Untuk rekod, saya masih dalam Parti PKR. Begitu juga saya nafikan bahawa saya pernah memberi persetujuan bahawa saya telah keluar dari parti. Hal ini akan saya jelaskan juga pada Ajk/Biro parti petang ini,” katanya.

Ketika dihubungi media untuk mendapatkan ulasan lanjut, Jonathan yang juga Ketua Cabang PKR Ranau hanya mengesahkan kenyataan beliau di Facebook tanpa menambahnya.

Terdahulu, bekas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendakwa, kumpulan 11 Ahli Parlimen PKR diketuai beliau telah mengumumkan perletakan jawatan sebagai ahli PKR dan membentuk blok bebas di Parlimen.

Menurut Azmin, selain beliau, 10 lagi Ahli Parlimen PKR turut bersamanya ialah Zuraida Kamaruddin (Ampang), Datuk Saifuddin Abdullah (indera Mahkota), Baru Bian (Selangau), Datuk Kamaruddin Jaafar (Bandar Tun Razak), Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal), Datuk Rashid Hasnoon (Batu Pahat), Datuk Seri Santhara Kumar (Segamat), Ali Biju (Saratok), Willie Mongin (Puncak Borneo) dan Jonathan Yasin (Ranau) –TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN