26 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Ahli Parlimen Beaufort dilantik pengerusi MARA

Gambar atas: Azizah Mohd Dun

AHLI Parlimen Beaufort, Azizah Mohd Dun dan Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, merupakan dua daripada lima individu yang dilantik menjadi pengerusi agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang baru.

Azizah dilantik sebagai pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), manakala Nik Mohamad Abduh pula dilantik sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kelantan Selatan (Kesedar).

Pelantikan itu diumumkan menerusi satu kenyataan media oleh Menteri KPLB, Dr Abd Latiff Ahmad, hari ini.

Azizah dari parti Umno, menggantikan pengerusi Mara yang lama, Hasnita Hashim yang pernah menjadi pengerusi Maybank Asset Management Group dan ahli lembaga pengarah Maybank Banking Berhad.

Hasnita ditamatkan perkhidmatan bulan lalu selepas hanya 18 bulan memegang jawatan itu.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN