26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Ahli-ahli KDCA Keningau terkesan PKP turut terima bantuan bakul makanan.

Gambar: Robert (kiri) menyampaikan bantuan kepada salah seorang ahli KDCA Keningau.

KENINGAU: Ahli-ahli KDCA Daerah Keningau yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)berikutan penularan COVID-19 turut menerima bantuan bakul makanan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Robert Tawik.

Robert yang juga Pengerusi KDCA Daerah Keningau berkata, bantuan tersebut diberikan kepada ahli-ahli KDCA yang terjejas sumber pendapatan akibat PKP.

“Semoga dengan bantuan daripada KDCA ini dapat membantu sedikit sebanyak ahli- yang amat memerlukan” katanya selepas menyampaikan bantuan itu kelmarin.

Beliau berkata, walaupun bantuan tersebut tidak dapat memenuhi keperluan para ahli-ahli KDCA di daerah ini tetapi sekurang-kurangnya ia dapat menambah keperluan mereka.

“Selepas ini kita berharap mereka dapat menjalankan kegiatan ekonomi mereka apabila PKPB turut dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri” jelasnya.

Walau bagaimanapun katanya, masyarakat perlu mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ini katanya, kerana negara belum bebas daripada penularan COVID-19 dan rantaiannya belum putus.

“Elakkan perhimpunan beramai-ramai dan amalkan penjarakan sosial dan penggunaan penutup mulut dan hidung disamping mengutamakan kebersihan diri” katanya. Tamat/-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN