DSP Hajiji bersama Aguwell dan yang lain semasa penyerahan Bendera Sabah pada Selasa lalu.
KOTA KINABALU: Pemain badminton dari Kota Marudu, Aguwell Andrew,21, antara atlet badminton yang menjadi sandaran Pasukan Sukan Malaysia ( SUKMA) Sabah XXII yang akan berlangsung di Selangor bulan ini.
Pemain yang cemerlang dibeberapa kejohanan peringkat Sabah ini menjadi sandaran untuk memburu pingat untuk Sabah.
Atlet ini adalah antara 943 orang terdiri daripada atlet, jurulatih dan pegawai yang akan bersaing dalam 36 daripada 37 jenis sukan pada temasya yang akan berlangsung dari 15 hingga 20 Ogos ini.
Aguwell anak jati dari daerah Keningau, namun bersekolah di Daerah Kota Marudu dan menetap di daerah Kota Marudu kerana bapanya bertugas di Kota Marudu, ini mula menceburi sukan badminton sejak usia empat tahun dan telah menempa pelbagai kejayaan di peringkat sekolah, kelab, daerah, negeri serta kebangsaan.
Menjelang ke SUKMA tahun ini, Aguwell membuktikan prestasi cemerlangnya apabila muncul juara berganda dalam Kejohanan EBC & Hurricane yang berlangsung di Dewan Juara Putatan pada 25 dan 26 Julai lalu dengan menjuarai acara Beregu Terbuka Lelaki dan Beregu Campuran Terbuka.
Untuk persiapan SUKMA ini, Aguwell menjalani latihan dibawah bimbingan Marudu Badminton Club ( MBC) dan Kota Marudu Badminton Club (KMBC).
Jurulatih utamanya, Andrew James Martin yang juga bapanya yang juga seorang anggota Polis Diraja Malaysia ( PDRM) memainkan peranan penting membentuk kerjaya sukan anaknya ini.
Marudu BC dan KMBC turut terkenali sebagai pusat latihan yang berjaya melahirkan ramai pemain berpotensi di kedua-dua daerah ini.
Ketika ditemui Aguwell berkata beliau amat bangga dipilih mewakili Sabah dan Kota Marudu dalam SUKMA kali ini dan akan berusaha memberikan yang terbaik untuk Pasukan Sabah.
Majlis Penyerahan Bendera Sabah dilakukan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Haji Haji Haji Noor pada Selesa lalu di sini.



