25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Agensi agama perlu banyak turun padang menyantuni masyarakat- Zulkifli

UCAPAN….Dr Zulkifli ketika berucap merasmikan  Program “Less Than 2 Minutes”, “Bicara Hidayah” dan “Anda Tanya Ustaz Jawab.

LABUAN: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Ak-Bakri  menyeru semua agensi agama di bawah Kementeriannya memperbanyakkan program turun padang  khususnya di masjid dan surau yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat.

Selain itu, beliau juga mahu semua agensi terbabit sentiasa bersatu dan bekerjasama dalam melaksanakan program, kerana ia mampu  memberi impak dan kesan yang cukup baik.

“Saya nasihatkan semua agensi di bawah saya   terus bekerjasama dan turun padang menyantuni masyarakat  supaya apa yang kita lakukan memberi impak serta memberi kesan yang cukup baik” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan  Program “Less Than 2 Minutes”, “Bicara Hidayah” dan “Anda Tanya Ustaz Jawab” di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan, di sini pada Selasa.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Agama Islam (JAWI) Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Pejabat Mufti Labuan, Ag Bolkhizan Ahmad Thani dan Pengarah Jabatan Penyiaran Wilayah Persekutuan Labuan, Aminah Samsudin.

Sementara itu,  Aminah berkata, Program “Anda Tanya Ustaz Jawab” dan “Bicara Hidayah” merupakan terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Labuan dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan.

“LabuanFM akan terus melangkah dengan jabatan atau agensi lain seperti Pejabat Mufti untuk kami mendapatkan penceramah yang bertauliah dan boleh memberi maklumat yang tepat kepada masyarakat dalam hal agama,” katanya.

TAMAT

.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN