29 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 24, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

ADUN Nabawan sumbang 250 naskah Kamus Murut Tahol

Jabat (kiri) menyampaikan cek pembelian buku KMT kepada Zulfikar

NABAWAN:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin membeli Kamus Murut Tahol (KMT) sebanyak 250 naskah dengan nilai RM6,250.00.

Menurut  Pengerusi Pertubuhan Warisan. Budaya Murut Tahol (PEWARIS) Zulfikar @ Unsang Yusof, pembelian ini adalah yang tertinggi setakat ini.

Katanya, ini menunjukkan wakil rakyat Nabawan itu benar-benar memberi komitmen yang tinggi dalam usaha memertabatkan dan memperkasakan bahasa Murut.

Pembelian dalam bentuk cek itu disampaikan oleh Penolong Pegawai Pembangunan Daerah (ADDO)Nabawan Jabat Majilon mewakili ADUN Nabawan.

Sebelum ini Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS)menyumbangkan empat (4)buah laptop bernilai RM12,000.00 kepada jawatankuasa pembikinan KMT.

Sementara itu Jabat berkata, buku KMT yang dibeli itu akan diagih-agihkan di kampung-kampung di daerah ini melalui Ketua Kampung dan Pusat-Pusat Sumber Sekolah melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)Nabawan.

Katanya, KMT itu juga akan diberi sebagai cenderakenangan kepada Ketua Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor yang dijangka akan menghadiri satu majlis anjuran sebuah agensi Kerajan Negeri dengan kerjasama Pejabat Daerah Nabawan pada 26 April ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN