ROBERT TAWIK
KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.40 Bingkor,Datuk Robert Tawik sentiasa terbuka dengan apa juga cadangan dan pandangan membina daripada setiap pemimpin akar umbi dikawasan N.40 Bingkor bagi merealisasikan pembangunan berterusan kepada rakyat dan kawasan.
Mengulas kepada satu kenyataan akhbar daripada Jainus Rayner Lian Ginanda, Pengerusi Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) Pekan Bingkor pada Sabtu yang memuji usaha Wakil Rakyat kawasan DUN Bingkor membangunkan sebuah Kompleks Pentadbiran Pekan Bingkor, beliau menyatakan itu adalah pandangan peribadi seorang pemimpin akar umbi dikawasannya.

Keratan Akhbar Tempatan
Tegasnya, mungkin Pengerusi JKDB Pekan Bingkor ada sedikit kekeliruan fakta dengan pembinaan Kompleks Pentadbiran Pekan Bingkor. Ia sebenarnya bukanlah sebuah Kompleks Pentadbiran, sebaliknya sebuah Mini Pejabat Pentadbiran Kawasan N.40 Bingkor untuk kegunaan semua pihak dikawasannya menjalankan sebarang urusan.
“Saya menghormati pandangan Pengerusi JKDB Bingkor tetapi saya ingin memperhalusi sedikit tentang kenyataan berkenaan bagi mengelak kekeliruan ramai pihak. Ia bukanlah sebuah Kompleks Pentadbiran. Bangunan sederhana yang sedang dalam pembinaan itu hanyalah sebuah Mini Pejabat Pentadbiran Kawasan N.40 Bingkor dimana apabila siap kelak,ia bakal digunakan oleh semua pemimpin akar umbi dan rakyat Bingkor untuk menjalankan sebarang urusan kawasan”, jelasnya.
Robert yang juga Pembantu Menteri II Kerja Raya Negeri Sabah menyatakan, beliau akan terus komited melaksanakan pembangunan berterusan dikawasan Bingkor khususnya yang berkaitan dengan pembaikan dan pembinaan jalan raya, bekalan air bersih serta prasarana kerohanian rakyat.
“Misi dan Visi pentadbiran saya adalah ingin melihat kawasan Bingkor terus maju seiring dengan keadaan semasa. Saya tidak mungkin mampu bergerak sendirian tanpa bantuan dan pandangan dari Pemimpin akar umbi, mereka adalah jentera penggerak utama dalam membantu wakil rakyat”, tegas Robert.
Pada Sabtu, Jainus Rayner Lian Ginanda dalam satu kenyataan akhbar menyatakan pembinaan Kompleks Pentadbiran Pekan Bingkor dapat memusatkan urusan penduduk dengan semua jabatan serta agensi kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam satu kawasan yang disatukan.
Merujuk kepada nama Kompleks Pentadbiran, ia seakan membelakangkan fungsi Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang terdapat di Pekan Bingkor dan Daerah Keningau. Justeru itu, Robert tampil memperhalusi kenyataan tersebut.