Robert semasa menerima kunjungan hormat rombongan PERKESO Keningau.
KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin menerima kunjungan hormat daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Keningau.
Rombongan PERKESO yang terdiri darpada Walter Justin, Donny Maijar, Ahmad Zairun Bin Sulaiman dan Cik Aisyah Binti Muhd.Sayut melakukan kunjungan itu di Pejabat ADUN N.40 Bingkor di Bangunan Permata Wawasan Pekan Bingkor pada Rabu.
Tujuan utama kunjungan hormat ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada Pihak ADUN N.40 Bingkor berkenaan Skim-Skim dibawah PERKESO.
Antara Skim yang dibincang adalah, Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) dan Skim Keselamatan Sosial Pekerja Sendiri(SKSPS) dengan objektif utama untuk memberikan perlindungan keselamatan sosial yang komprehensif kepada masyarakat.
Dalam kunjungan ini juga,Pihak PERKESO Daerah Keningau telah mendaftarkan Robert Tawik sebagai salah satu Sahabat PERKESO Prihatin.
Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya yang mengalu-alukan kunjungan itu berharap sesi kunjungan oleh PERKESO pada ini dapat membuka lembaran baharu dan dapat dimanfaatkan demi kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.
Katanya, sebagai wakil rakyat di kawasan ini beliau sentiasa memberi kerjasama dengan mana-mana agensi kerajaan di daerah ini.