32 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

ADUN Bingkor sumbang kewangan bantu pembinaan Surau Wakaf Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau

Haji Yazid menyampaikan sumbangan kepada Dr. Dr Zamney.

KENINGAU:Jawatankuasa Pembinaan Surau Wakaf Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau mendapat sumbangan kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk  Robert  Tawik @ Nordin.

Sumbangan tersebut adalah untuk membiayai pembinaan Surau wakaf Pejabat Kesihatan kawasan Keningau.

Penyerahan sumbangan tersebut disempurnakankan oleh Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @Charles, Ahli Majlis Daerah Keningau yang juga selaku Ketua Biro Agama Islam DUN N.40 Bingkor mewakili Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya 

Sumbangan itu diterima oleh Dr Zamney Binti Sain bersama PPK Sapin Musahi.

Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Surau Wakaf Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau Dr Mohamad Norhaizam Bin  Ahmad @ Narawi merakam setinggi tinggi penghargaan terima kasih kepada Datuk Robert atas keprihatinan menghulurkan sumbangan tersebut.

Katanya, dengan adanya bantuan Kewangan tersebut, sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan Jawatankuasa Pembinaan Surau tersebut.

“Dan sudah tentu proses pembinaannya akan dapat dijalankan dengan lancarnya” katanya

Sementara itu Robert ketika dihubungi berharap dengan siapnya  pembinaan Surau itu nanti dapat mempermudahkan program program dan aktiviti-aktiviti keagamaan di pejabat tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN