Robert menyampaikan sumbangan kepada Jubirin Sugari.
KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin menyumbangkan dana kewangan kepada empat buah persatuan kebudayaan di daerah ini.
Persatuan-Persatuan Kebudayaan yang menerima sumbangan itu ialah Persatuan Gana Sabah, Persatuan Kujau Sabah, Persatuan Murut Nabai Sabah dan Persatuan Kebudayaan dan Kebajikan Ektnik Kujau Gana Nabai Sabah ( KGNS).
Sumbangan masing-masing diterima oleh
Presiden Persatuan Gana Sabah
Ahmad Razalie Selabin, Jubirin Sugari mewakili Presiden Persatuan Kujau Sabah Datuk Annuar Datuk Ayub, Persatuan Murut Nabai Sabah Nuar Selamat dan Timbalan Presiden KGNS Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles.
Sebelum penyerahan sumbangan itu Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya mengadakan perbincangan kepada keempat-empat Pemimpin persatuan itu.
Robert minta keempat-empat Persatuan itu menjalinkan kerjasama dalam mengetengahkan kebudayaan trasidi yang diwarisi dari nenek moyang lagi.
Beliau menyarankan supaya Persatuan dapat duduk semeja untuk membincangkan peranan persatuan masing-masing.
Ini katanya, penting supaya tidak ada pertindihan dalam satu-satu Kebudayaan
Beliau juga menyarankan agar Persatuan perlu ada indentiti tersendiri yang perlu ditonjolkan.
Sementara itu, Ahmad Razalie mewakili keempat-empat Persatuan itu mengucapkan terima kasih kepada Robert atas keikhlasan memberi sumbangan kewangan tersebut.
Katanya, sumbangan tersebut amat bermakna sekali yang mana sudah tentu dapat membiayai perbelanjaan aktiviti aktiviti yang, dijalankan kelak.