24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

ADUN Bingkor sokong kenyataan Hajiji

Gambar:Robert……Kerajaan Pusat perlu mengkaji dan  mempertimbangkan  pandangan dari pelbagai pihak.

KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin sependapat dan menyokong kenyataan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor yang mengatakan bahawa Sabah tidak bersetuju dengan cadangan memperkenalkan Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata,  rakyat Sabah sememangnya hidup dengan lebih harmoni dan bertoleransi dengan kebebasan beragama, dalam suasana masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

“Sebagai Contohnya, dalam satu keluarga serumah di negeri ini, ada ahli-ahli keluarganya yang beragama pagan,  Islam, Kristian, buddha dan agama lain  tinggal sebumbung  serumah lagi” katanya.

Begitu juga bila ada majlis keramaian seperti Pesta Kamataan, Hari Raya, Hari Krismas, Hari Tahun Baru Cina dan lain lain perayaan serta juga  majlis hari keluarga, rakyat Sabah yang berbilang kaum agama boleh merayakan bersama malahan duduk semeja dengan hormoni dan aman damai. 

Robert yang juga Naib Presiden 1 STARSABAH berkata, bahawa  dalam pembentukan Malaysia, syarat Sabah membentuk Malaysia adalah      ” Ugama Bebas Dalam Sabah ”  yang tersebut dalam batu sumpah,  ini bermakna  telah  dipersetujui bahawa  kebebasan amalan beragama bagi Negeri Sabah.

Jelasnya, sudah tentu cadangan memperkenalkan Akta Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam akan ditentang dan tidak diterima oleh rakyat Sabah.

“Maka dengan itu, kerajaan Pusat perlu mengkaji dan   mempertimbangkan cadangan itu dengan mengambil kira pandangan dari pelbagai pihak. Yang lebih penting sekarang, memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian rakyat dalam konsep Keluarga Malaysia” katanya.

Tambah Robert, Konsep Keluarga Malaysia yang dicetuskn oleh Perdana Menteri Dato‘ Seri Ismail Sabri adalah yang  amat tepat dan sesuai untuk di rakyat yang berbilang bangsa, kaum dan agama di  negara yang tercinta ini. 

Terdahulu, Ketua Menteri dalam kenyataan medianya berkata, Kerajaan Negeri berpegang kepada prinsip kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Kata Hajiji, Sabah juga menyatakan tidak setuju atas cadangan memperkenalkan Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam, sebagai salah satu daripada empat undang-undang syariah baharu yang akan diperkenalkan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN