31 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mac 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

ADUN Bingkor  sentiasa turun padang tinjau perlaksanaan projek, masalah kawasan

Robert (kiri)semasa meninjau jalan konkrit Kampung Pagansangan.

KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Bingkor  sentiasa turun padang melihat sendiri projek-projek kecil yang dilaksanakan dan meninjau masalah di kampung-kampung di kawasannya.

Pada Jumaat lepas sebaik sahaja selesai menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Daerah(JKTPD ) Daerah Keningau Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya bergegas di kawasan meninjau projek-projek kecil yang telah dilaksanakan.

Antaranya meninjau perparitan konkrit Kampung Pagansangan yang telah siap, Jalan Kampung  Mengitom Tengah yang dinaiktaraf kepada jalan konkrit yang juga telah siap.

Beliau juga turut meninjau perparitan di Kampung Kikiran.

Menurut Pemaju Mukim Bingkor George Dairie, inilah kerja rutin ADUN Bingkor  ketika  berada di kawasannya. 

“Beliau (Robert) tidak duduk diam tetapi turun  kampun-kampung di kawasannya untuk melihat sendiri projek-projek yang dilaksanakan dan disamping itu juga melihat sendiri masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat. Beliau juga mengambil berat terhadap masalah dan kebajikan rakyat tidak mengira idelogi politik dan di mana mereka berada” jelas George.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN