Robert semasa melawat jalan putus Kampung Liau Ulu yang telah diperbaiki.
KENINGAU:Setiap hujung minggu tidak dipersia-siakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin untuk turun di kawasan sama ada melawat masalah yang penduduk kampung dan memantau pelaksanaan projek seperti penyelanggaraan jalan dan sebagainya.
Pada Sabtu lepas Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya mengadakan lawatan berkenaan permasalahan dan permohonan jalan kebun di Kampung Nuntunan dan seterusnya melawat jalan putus yang telah siap diperbaiki di Kampung Liau Ulu.

Robert (kiri)sempat menyantuni dan bermesra dengan warga emas di Kampung Ulu Liau Darat.
Pada hari sama Robert sempat melawat dan bersembang dengan penduduk di Kampung Ulu Liau Darat sambil melihat masalah yang dihadapi oleh penduduk di kampung itu.
Begitulah rutin yang dilakukan oleh wakil rakyat Bingkor pada setiap hujung minggu.
Bercakap kepada media selepas lawatan itu Robert berkata, menjejaki setiap kampung di kawasan DUN Bingkor bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh penduduk.
“Inilah tanggungjawab seorang wakil rakyat, semoga semua masyarakat sihat dan sejahtera hendaknya, itulah harap dan hasrat kami” katanya.