Duduk Dri Kiri:Dianna Basir, Melly Lajiwat, Junior Fred Vincent (Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.40 Bingkor, YB. Datuk Robert Tawik (ADUN N40 Bingkor) Tinus Majip, JB Olivia Justin, Mailen Belly Berdiri Dr Kiri: Rozelius Joannes, Larry Macdonald Philip, George Dairi, Mohd Zaki zakaria, Rahman bidin, Daenis Joakim, Addie Bongsu, Sonjah Junidi, Salim Yusof
KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin mengadakan majlis santai kupi-kupi bersama Staf Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.40 Bingkor Dan Staf ADUN N.40 Bingkor di kediamannya di Kampung Buang sayang Bingkor kelmarin.
Menurut Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya majlis itu bertujuan menjalinkan kerjasama antara staf UPPM dan ADUN.
Robert berkata, sebagai ADUN di kawasan ini beliau amat mengharapkan kerjasama yang erat antara kedua-dua jentera ini agar dapat membantu perancangan pembangunan di kawasan ini.
“Saya amat berpuas hati dengan gerak kerja dan perkhidmatan yang telah dilaksanakan selama ini dalam bidang masing-masing” katanya selepas majlis itu.
Beliau juga berharap semua staf terus fokus dan komited memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat dan rakyat khususnya di kawasan Bingkor.
“Anda adalah barisan hadapan kerajaan dan Wakil Rakyat yang sentiasa dikunjungi oleh rakyat. Oleh itu, anda perlu memberikan layanan yang mesra dan sama rata kepada sesiapa saja tidak kira dari mana kawasan mereka” ujarnya.
Tambahnya, dalam memacu program kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) semua staf perlu bersatu, bekerjasama dan membantu kerajaan untuk mencapai misi dan visi Sabah Maju Jaya yang diilhamkan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.