24 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

ADUN Bingkor rumah PPRT di Kg.Tuarid Taud, Kg.Baginda Ulu.

Robert menyampaikan replika kunci rumah kepada penerima di Kampung Baginda Ulu, Puan Auni Nabila Binti Antari.

KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin melawat dua buah PPRT masing-masing di Kampung Tuarid Taud dan Baginda Ulu.

Sempena lawatan itu Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya sekali gus menyerahkan replika kunci rumah sebagai simbolik penyerahan kepada penerima iaitu Amir Bin Kunai di Kampung Tuarid Taud dan Puan Auni Nabila Binti Antari di Kampung Bahagia Ulu.

Robert berharap kedua-dua keluarga yang menerima rumah itu tinggal lebih selesa di rumah baru (PPRT) itu berbanding sebelum ini.

Sementara itu, kedua-dua penerima Rumah PPRT masing-masing menzahirkan ucapan terima kasih atas pemberian kerajaan yang amat bermakna buat mereka.

Hadir bersama, PPM Junior Fred, CDO Bingkor Tinus Majip, Penyelia Kemajuan Masyarakat Hj.Zaki Zakaria dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN