33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Adun Bingkor ringankan beban seorang pelajar

Adik Christian menerima sumbangan itu yang disampaikan oleh Robert sendiri yang turut disertai ibunya Sabrina Francis.

KENINGAU: Adik Christian Charles dari Kampung Jaya Baru Liawan amat terharu atas sumbangan kewangan yang diberikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah ( ADUN) N.40 Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Adik Christian yang akan melanjutkan belajar ke Matrikulasi Labuan pada penghujung bulan ini berkata sumbangan Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri Sabah amat bermakna sekali kepadanya.

Jelasnya, beliau amat memerlukan kewangan untuk membiayai kos yuran, pembelian kelengkapan belajar, keperluan tinggal asrama, wang saku, dan pengangkutan dari Keningau ke Labuan.

“Dengan adanya sumbangan kewangan dari Robert, sudah tentu dapat meringankan bebenan saya untuk menyambung belajar”, ujarnya

Ibu Christian, Sabrina Francis yang turut serta mengiringi anaknya merakamkan ucapan setinggi-tinggi Terima kasih kepada Robert atas keikhlasan menghulurkan sumbangan tersebut.

Katanya, Robert adalah wakil rakyat yang tidak memilih sesiapa saja semuanya diberi layanan sama rata.

“Contohnya, sumbangan ini, saya dari kawasan Liawan tetapi Robert memberi layanan seperti di kawasannya, Sabrina” jelas Sarbina.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN