27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

ADUN Bingkor lawat lokaliti PKPD Kg.Toboh Laut, sampaikan sumbangan bakul makanan

Robert (tengah)bersama.rombongan.

KENINGAU:Hari ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin melawat penduduk Kampung Toboh Laut yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya bersama rombongan sekali gus menyampaikan bantuan bakul makanan sebanyak 255 kepada keluarga yang terlibat.

Turut sama wakil Pegawai Daerah Keningau Kamaruddin S. Latip, wakil dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Keningau Mohd Hamdan Teralleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM)Bingkor Junior Fred Vincent.

Bantuan diterima oleh Pengerusi JPKK Kampung Toboh Laut Nuil Gilong.  

Menurut Nuil bantuan bakul makanan itu dapat meringankan beban kepada penduduk Kampung Toboh Laut untuk menjalani PKPD.

Bantuan bakul makanan itu disumbangkan Kerajaan dan disalurkan melalui Pejabat ADUN dan diselaraskan oleh Pejabat Daerah dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN