29 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

ADUN Bingkor lawat kawasan dilanda banjir kilat

Robert semasa meninjau Kampung Baru Bingkor selepas banjir kilat.

KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.40 Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin melakukan lawatan ke Kampung Bingkor Baru yang dilanda banjir kilat minggu lepas.

Beliau yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya meninjau dan mengenalpasti punca masalah limpahan air yang mengakibatkan banjir kilat di kampung itu.

Sempena lawatan itu Robert diberi taklimat dan pencerahan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bingkor Baru Florian @ Jai Ilon berhubung banjir kilat di kampung tersebut.

Florian berkata, hujan lebat yang berlaku malam Khamis hingga pagi Jumaat menyebabkan beberapa kampung di Kawasan Bingkor dilanda banjir kilat yang luar biasa.

Beberapa penduduk yang terkesan dengan banjir kilat itu turut memberitahu, selama ini tidak pernah berlaku kejadian seumpama ini.

“Inilah kali pertama berlaku banjir kilat yang disifatkan luar biasa” kata seorang penduduk di Kampung Sandapak.

Timbalan Pengerusi Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor Kamaruddin Said juga berkata, sejak Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor dibina, inilah yang pertama kalinya kawasan masjid dilanda banjir kilat sehingga mengengalamkan dapur dan dewan terbuka masjid itu kira kira 6 inci.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN