Robert (kanan)semasa mengadakan perbincangan dengan Johar.
KOTA KINABALU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin mengadakan pertemuan dengan Pengarah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Negeri Sabah Johar Julasbi, di Pejabat Pembangunan Luar Bandar di sini kelmarin.
Robert yang Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, pertemuan itu bertujuan
membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan program pembangunan rakyat di negeri ini.
Katanya, perbincangan juga dengan program pembangunan dan keperluan untuk rakyat bagi Daerah Keningau dan Negeri Sabah keseluruhannya.
Menurut wakil rakyat Bingkor itu pembangunan untuk rakyat di negeri ini perlu jalinan kerjasama antara jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan.
Justeru itu katanya, semua jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan pembangunan untuk rakyat dapat dilaksanakan dengan baik.