27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mac 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

ADMIN FB PAGE SABAH CAMPING ADVENTURE LAKUKAN PERKEMAHAN DI MINUROD

Gambar atas : Pete, Admin Facebook Page Sabah Camping Adventure

KIULU : Admin Facebook Page Sabah Camping Adventure baru-baru ini telah mengadakan perkemahan di Minurod Campsite 22 kilometer dari pekan. Rombongan seramai 15 orang dewasa dan 3 orang kanak-kanak yang terdiri daripada ahli dari seluruh Sabah (Kota Kinabalu, Kota Belud, Ranau, Sandakan) itu telah bermalam selama dua malam satu hari di tapak perkemahan tersebut.

Menurut ketua rombongan, Pete Wong 61 tahun, pemilihan Minurod Campsite pada kali ini sebagai lokasi perkemahan adalah disebabkan cadangan daripada semua ahli yang ingin merasakan kelainan dan kelebihan yang ada pada tempat itu.

“Kami mendapati Minurod Campsite yang sedang berkembang maju sebagai pusat pelancongan ini sudah tersenarai dalam ke 11 tempat perkemahan terbaik di negeri ini. Kalau ikut maklumbalas daripada rakan yang sudah pernah membuat lawatan di sini, tempat ini dikatakan masih mempunyai sumber hutan yang semulajadi dan juga tidak ada talian internet.” Katanya.

“Ia satu kelebihan yang ada pada Minurod yang mungkin  tidak ada pada tempat yang lain. Kita boleh fokus berkemah, berkelah, bercerita dengan keluarga di samping menghirup udara segar yang dibawa oleh air sungai di situ tanpa gangguan telefon bimbit. Ternyata hari ini kami sendiri merasainya. Tempat ini memang menarik dan sangat sesuai sebagai tempat berehat dan menikmati ketenangan.” Katanya.

“Kami berterimakasih kepada pihak pengurusan Minurod atas layanan dan kerjasama terutama sekali mengawasi keselamatan sepanjang kami bermalam di sini.”katanya lagi.

G:Kelly (duduk, 2 dari kiri) bersama rombongan Page Sabah Camping Adventure

Salah seorang peserta rombongan, Kelly Tai, 51 tahun, yang berasal dari Kota Kinabalu juga berasa sangat kagum dengan keindahan alam semula jadi yang mana habitatnya masih belum tercemar.

“Tempat ini memang sesuai untuk kita bebas buat sementara dari kesibukan bekerja. Dapat merehatkan fikiran, melepaskan tekanan, bebas daripada gangguan telefon, mempunyai keadaan sungai yang bersih, jernih dan kita berasa selamat kerana pihak pengurusan sentiasa menjaga dan mengawasi keselamatan sepanjang masa terutama sekali kanak-kanak.” Katanya.

Dalam pada itu Pete mengajak para peminat perkemahan yang ingin mencari kumpulan supaya boleh menyertai kumpulannya. Carian boleh dilakukan dalam Facebook iaitu melalui Page Sabah Camping Adventure.

“Kelebihan yang ada dalam group Page Sabah Camping Adventure ialah mempunyai kemudahan kelengkapan berkemah (sewa) manakala pemilihan lokasi perkemahan akan ditentukan melalui perbincangan. Kita akan mengadakan perkemahan sekali dalam sebulan.” Katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN