28 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 25, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Abidin terima kunjungan Persatuan Guru Besar Labuan

KUNJUNGAN….Haji Abidin (tengah) menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Guru Besar Labuan yang diketuai Dg Sarifah (lima kanan

LABUAN: Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, Haji Abidin Marjan menerima kunjungan hormat Persatuan Guru Besar Malaysia Cawangan Labuan (PGBM) di pejabat beliau di Jabatan Pendidkan W.P. Labuan, Kompleks Ujana Kewangan Labuan, baru-baru ini.

Kunjungan diketuai Pengerusi PGBM, Dg Sarifah A. Mahmod dan Timbalan Pengerusi, Mohamed Al Ghaffar Mohamed Maidin.

Selain itu, Naib Pengerusi 1, Durasad Edris, Naib Pengerusi 2, Maidan Dali @ Sumardi Yusoff, Setiausaha, Abdul Rahman Salim, Penolong Setiausaha, Yong Kui Chen, Bendahari, Mahani Hussin dan Ahli-ahli Exco yang terdiri daripada 10 Guru Besar di W.P.Labuan.

Turut serta dalam pertemuan itu ialah Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, Yahya Ahmad Puteh, Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, Sawal Salleh, Timbalan Pengarah Sektor Perancangan, Noraini Sabudin dan Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Awang Marten Datuk Abdul Rahman.

Dalam pertemuan selama kira-kira dua jam itu, pengurusan MPT turut mendengar taklimat mengenai PGBM serta amalan kerja terbaik dilaksanakan persatuan dalam membantu kumpulan sasar.

Dg Sarifah A. Mahmod. berkata kunjungan itu juga bagi mengeratkan hubungan antara PGBM dengan MPT Jabatan Pendidikan Labuan.

“Guru Besar sentiasa memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar daripada Pengarah dan pengurusan Jabatan Pendidikan Labuan,”katanya.

Haji Abidin dalam amanatnya berkata kehadiran murid ke sekolah hendaklah dibaiki dan mencapai 93% ke atas.

Beliau juga memohon Guru Besar melestarikan sekolah dengan memperkasakan budaya EKSA di sekolah-sekolah.

”Laksanakan tugas yang diberikan dengan penuh amanah dan dedikasi untuk anak bangsa kita.

”Kejayaan sekolah terletak di bahu pentadbir dan guru-guru,”katanya.

Pada majlis itu, pihak PGBM menyampaikan cenderamata dan berakhir dengan sesi bergambar di lobi Jabatan Pendidikan W.P.Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN